PENGISIAN SKALA KEMAHIRAN INSANIAH MALAYSIA / MALAYSIAN SOFT SKILLS SCALE (My3S)

 
Picture of Admin e-Learning PPPJJ
PENGISIAN SKALA KEMAHIRAN INSANIAH MALAYSIA / MALAYSIAN SOFT SKILLS SCALE (My3S)
by Admin e-Learning PPPJJ - Tuesday, 27 November 2018, 9:16 AM
 

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Kajian My3S dilaksanakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia untuk mengukur tahap penguasaan Kemahiran Insaniah kendiri pelajar di Universiti Awam. 

Pengisian My3S hanya akan dilaksanakan kepada pelajar sarjana muda WARGANEGARA yang menjalani tempoh pengajian selama 6 semester (3 tahun), 7 semester (3 tahun setengah) dan 8 semester (4 tahun)

Pengisian HANYA melibatkan kumpulan pelajar seperti berikut: 

1. Pelajar Semester 5, Kemasukan Sesi 2016/2017 - pengisian pertengahan pengajian 
2. Pelajar Semester 3, Kemasukan Sesi 2017/2018 (hanya pelajar yang menjalani tempoh pengajian selama 3 tahun sahaja) - pengisian pertengahan pengajian dan
3. Pelajar Semester 1, Kemasukan Sesi 2018/2019 - pengisian awalan pengajian 

Aktiviti memuatnaik data program, fakulti dan pelajar terlibat di dalam sistem My3S akan dilaksanakan bermula dari:

19 November 2018 (Isnin) sehingga 25 November 2018 (Ahad).


Pengisian item My3S akan dilaksanakan bermula dari:

26 November 2018 (Isnin) sehingga 31 Disember 2018 (Isnin).

 

PANDUAN MENGAKSES SISTEM MY3S:

Pautan Soal Selidik :
http://203.80.17.22/survey

Daftar masuk:

Nama Pengguna : Nombor kad daftar pelajar (kad matrik)
Kata Laluan : Nombor Kad Pengenalan

 

Terima kasih

Timbalan Dekan (Akademik & Antarabangsa)