Pusat Pengajian Pendidikan Jarak Jauh (PPPJJ), Universiti Sains Malaysia ingin menjemput YBhg. Datuk/Dato'/Prof./Dr./Tuan/Puan untuk mengisi soal selidik Kajian Kebolehpasaran Program Ijazah Sarjana Muda Sastera Kepujian (Geografi dan Analitik Ruangan). Soal selidik ini diedar bertujuan untuk mengumpul maklumat bagi Kajian Kebolehpasaran Program Ijazah Sarjana Muda Sastera Kepujian (Geografi dan Analitik Ruangan). Maklumbalas anda adalah sulit dan hanya akan digunakan untuk membantu merangka program yang bersesuaian mengikut perubahan semasa. Anggaran masa untuk menjawab soal selidik adalah 5 minit. Sila baca setiap pertanyaan yang diberikan dan tanda pada kotak yang disediakan.
Jika terdapat sebarang pertanyaan, sila hubungi Dr. Nik Norliati Fitri Md Nor di alamat emel nikfitri@usm.my. Kesudian YBhg. Datuk/Dato'/Prof./Dr./Tuan/Puan untuk menjawab soal selidik ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.
https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSf7axRMzogSuWennhs_6ET7g7gwkLxYYoHEQwJnSsxmP198pQ/viewform