TAKLIMAT MENGHARUNGI CABARAN: SATU SESI PERKONGSIAN AKPK
Assalamualaikum wrb. & Salam Sejahtera,
Sukacita dimaklumkan bahawa PPPJJ melalui Unit Sokongan Pelajar (SAS) akan menganjurkan satu sesi perkongsian bersama wakil Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) untuk pelajar PPPJJ. Tujuannya adalah untuk membantu pelajar menguruskan kewangan dengan lebih efektif. Peserta boleh menyemak rekod kredit dengan kemudahan CCRIS dan mendapatkan penasihatan kewangan selepas sesi perkongsian. Penganjuran program ini mencerminkan komitmen PPPJJ dalam memberi perkhidmatan sokongan (support services) kepada pelajar berkaitan pengurusan kewangan.