Site announcements

AKTIVITI PELAJAR - KAJI SELIDIK KEBOLEHPASARAN PROGRAM AKADEMIK – SARJANA MUDA SAINS KEMASYARAKATAN (EKONOMI)

AKTIVITI PELAJAR - KAJI SELIDIK KEBOLEHPASARAN PROGRAM AKADEMIK – SARJANA MUDA SAINS KEMASYARAKATAN (EKONOMI)

by Admin PPPJJ -
Number of replies: 0

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,


Graduan Sarjana Muda Sains Kemasyarakatan Ekonomi (Kepujian) memang menjadi kegemaran majikan yang mencari pekerja yang memiliki pengetahuan multidisiplin yang luas, berkemahiran analitikal dan berkomunikasi, berkeupayaan menyelesai masalah, kreatif dan berinovasi. Mengikut laporan Critical Occupations List 2020/2021 oleh Kementerian Sumber Manusia bersama TalentCorp, bidang pekerjaan kritikal (dan kod MASCO) yang boleh diceburi oleh graduan daripada program Sarjana Muda Sains Kemasyarakatan Ekonomi (Kepujian) mengikut pengkhususan dalam minor program yang dipilih masing-masing termasuk:


  • Pengarah Urusan dan Ketua Eksekutif (1121)
  • Pengurus Sumber Manusia (1212)
  • Pengurus Polisi dan Perancangan (1213)
  • Pengurus Perkhidmatan Perniagaan (1214)
  • Pengurus Jualan dan Pemasaran (1221)
  • Pengurus Pemasaran dan Perhubungan Awam (1222)
  • Pakar Penyelidikan dan Pembangunan (2426)


Lain-lain peluang pekerjaan yang berkaitan Bidang Ekonomi termasuk:


  • Penganalisis Ekonomi
  • Perunding Ekonomi
  • Pegawai Kewangan
  • Pegawai Perancang Ekonomi
  • Penganalisis Dasar
  • Pengurus Jualan Runcit dan Borong
  • Pengurus Perkhidmatan
  • Pentadbir
  • Penolong Pengarah
  • Pegawai Penerbitan Awam/Pegawai Tadbir dan Diplomatik
  • Usahawan
  • Pegawai Penyelidik
  • Pensyarah/Pendidik


Sehubungan itu, satu soal selidik/kajian pasaran dijalankan PPPJJ, USM untuk mendapat maklum balas mengenai Kebolehpasaran Program Akademik Baharu – Sarjana Muda Sains Kemasyarakatan Ekonomi (Kepujian) yang menawarkan kursus-kursus BAHARU yang berdaya saing dan memenuhi permintaan pasaran dan Industri 4.0.


Program Akademik Baharu – Sarjana Muda Sains Kemasyarakatan Ekonomi (Kepujian) ini merupakan program yang menggantikan Program Sains Kemasyarakatan Ekonomi yang tidak ditawarkan (dijumudkan) bermula sidang akademik 2021/2022. Pautan kajian pasaran Program Akademik Baharu - Sarjana Muda Sains Kemasyarakatan Ekonomi (Kepujian) adalah seperti di bawah:


https://forms.gle/cKT4S1aaUYiaRmHM9


Kami memohon kerjasama tuan/puan mengisi borang kaji selidik ini. Sukacita dipohon agar kajian pasaran ini turut dihebahkan kepada saudara mara dan kenalan anda.


Sila baca setiap pernyataan yang diberi dan tanda pada kotak yang disediakan. Maklum balas anda amat dihargai. Terima kasih atas kerjasama anda.

6