Site announcements

AKTIVITI PELAJAR - SOAL SELIDIK MINAT TERHADAP PROGRAM PENSIJILAN PROFESIONAL

AKTIVITI PELAJAR - SOAL SELIDIK MINAT TERHADAP PROGRAM PENSIJILAN PROFESIONAL

by Admin PPPJJ -
Number of replies: 0

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Berdasarkan persaingan dalam pasaran kerja, kelulusan akademik semata-mata mungkin tidak memadai untuk menjadikan seseorang menonjol dalam menembusi pasaran kerja. Kelulusan tambahan seperti sijil kemahiran atau sijil professional mungkin mampu memberikan nilai tambah kepada pelajar sekaligus memberi kelebihan dalam persaingan mendapatkan pekerjaan. 

Sijil kemahiran dan sijil professional tidak mengambil masa yang lama untuk dilengkapkan tetapi pelajar perlu menunjukkan tahap kompetensi yang memuaskan sebelum layak diberikan sijil. 

Pihak PPPJJ sedang dalam proses tinjauan untuk mendapatkan maklum balas pelajar tentang kursus-kursus kemahiran atai sijil-sijil professional yang sesuai ditawarkan kepada pelajar RPJJ. Kerjasama semua pelajar adalah diharapkan untuk menjawab beberapa soalan berikut yang dianggarkan mengambil masa kurang daripada satu (1) minit

Sila klik pautan ini: https://forms.gle/SYrdvrespcc4MTYP6

Sekian terima kasih.