Site announcements

AKTIVITI PELAJAR - Kajian Kebolehpasaran Program Ijazah Sarjana Muda Sains Matematik (Kepujian)

AKTIVITI PELAJAR - Kajian Kebolehpasaran Program Ijazah Sarjana Muda Sains Matematik (Kepujian)

by Admin PPPJJ -
Number of replies: 0

Pusat Pengajian Pendidikan Jarak Jauh (PPPJJ), Universiti Sains Malaysia ingin menjemput YBhg. Datuk/Dato'/Prof./Dr./Tuan/Puan/Cik untuk mengisi soal selidik Kajian Kebolehpasaran Program Ijazah Sarjana Muda Sains Matematik (Kepujian) [Bachelor of Mathematical Sciences (Honours)] yang akan ditawarkan secara mod ODL. Soal selidik ini diedar bertujuan untuk mengumpul maklumat bagi Kajian Kebolehpasaran Program Ijazah Sarjana Muda Sains Matematik (Kepujian).  Maklum balas anda adalah sulit dan hanya akan digunakan untuk membantu penambahbaikan program yang bersesuaian mengikut perubahan semasa. Anggaran masa untuk menjawab soal selidik adalah 5 minit.

Jika terdapat sebarang pertanyaan, sila hubungi Dr. Mohd. Asyraf Mansor di alamat emel asyrafman@usm.my. Kesudian YBhg. Datuk/Dato'/Prof./Dr./Tuan/Puan untuk menjawab soal selidik ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Borang Soal Selidik boleh diakses melalui: https://forms.gle/KHScH3uGCtG3JXhN9